Mayat pemuda lemas ditemukan selepas 24 jam pencarian

Mayat pemuda lemas ditemukan selepas 24 jam pencarian

POLIS mengusung mayat Mohamad Shafiq Ab. Llah yang lemas di Sungai Cherul berhampiran Kampung Lubuk Batu di Kemaman, Terengganu, hari ini. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Selepas hampir 24 jam pencarian, mayat Mohamad Shafiq Ab. Llah, 20, yang dikhuatiri lemas di Sungai Cerul berdekatan Kampung Lubuk Batu di sini, ditemukan pada pukul 5.15 petang ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemukan terapung selepas pasukan penyelamat melakukan teknik olak air dengan menggunakan bot.

“Mayat dijumpai kira-kira 20 meter dari lokasi terakhir dilaporkan hilang dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam, Mohamad Shafiq dikatakan ke sungai berkenaan untuk menjala ikan bersama dua rakannya, Mohd. Aiman Hakim Abdul Haizam, 13, dan Mohd. Haikal Abdul Halim, 19, namun mangsa dihanyutkan arus deras ketika cuba berenang menyeberangi sungai berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Aiman Hakim berkata, mereka tidak berani menyelamatkan mangsa berikutan jarak yang jauh di samping arus sungai yang deras. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya