Mayat duda, wanita ditemukan tergantung - Utusan Malaysia

Mayat duda, wanita ditemukan tergantung

ANGGOTA polis berada di rumah wanita yang ditemui tergantung di Kampung Lin Chai, Kedawang, Langkawi, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Mayat seorang duda dan wanita yang memakai gelang merah jambu ditemukan  dalam  keadaan tergantung di rumah masing-masing dalam kejadian berasingan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mayat duda terbabit yang berusia 37 tahun ditemukan tergantung di rumahnya di Kampung Ewa di sini pada pukul 3.55 petang.

Sementara itu, menurutnya, mayat wanita terbabit pula ditemukandalam keadaan sama di rumahnya di Kampung Lin Chai, Kedawang di sini pada pukul 7 petang.

Katanya, mangsa lelaki terbabit bekerja kampung merupakan seorang duda beranak tiga yang tinggal bersama ibu dan adiknya.

“Hasil temu bual dengan ibu mangsa mendapati lelaki itu tinggal di tingkat atas rumah dan tidak turun sejak malam kelmarin.

“Apabila ibu mangsa memeriksa biliknya, didapati duda berkenaan dalam keadaan tergantung dengan tali yang diikat pada kayu tiang atap rumahnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menambah, mangsa wanita itu yang memakai gelang merah jambu dan dikuarantin di rumah ditemukan tergantung menggunakan kabel elektrik pada alang rumahnya.

“Kejadian disedari oleh anak tiri mangsa sebelum memaklumkan kepada bapanya yang berada di tempat kerja,” ujarnya lagi.

Menurut Shariman, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha  di sini untuk bedah siasat.

Katanya, Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya