Mangsa lemas pertama kejadian kepala air ditemukan - Utusan Malaysia

Mangsa lemas pertama kejadian kepala air ditemukan

LELAKI warga emas yang dipercayai lemas ditemukan di Kampung Setoi, Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Seorang lelaki berusia 65 tahun merupakan mangsa pertama ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Kampung Setoi di sini petang ini.

Dalam kejadian sama, seorang mangsa dilaporkan hilang selepas sebuah rumah di calet Salak Denai roboh manakala terdapat mangsa terperangkap di atas bumbung di Kampung Setoi.

Sementara itu dalam kejadian tanah runtuh di Gunung Jerai pula, dua mangsa ditemukan selamat manakala seorang masih hilang.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan di kawasan Gunung Jerai.

“Air mengalir laju turun ke kaki gunung melibatkan Sungai Kunyit, Sungai Teroi, Sungai Puteri Mandi dengan laporan pertama berhubung kejadian pada pukul 5.30 petang.

“Banjir melibatkan kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai serta Kampung Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kg. Acheh, Kampung Setoi,” katanya.

Menurutnya, anggaran mangsa terlibat masih dalam siasatan.

“Maklumat awal seramai 60 orang yang perlu dipindahkan segera di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dan Sekolah Kebangsaan Teroi,” katanya.

Tambahnya, mangsa-mangsa di pusat pemindahan akan dibahagi kepada tiga kategori melibatkan mereka yang positif seramai 14 orang, kuarantin 45 orang serta penduduk biasa 60 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya