Lega kedai cuci kereta dibuka semula - Utusan Malaysia

Lega kedai cuci kereta dibuka semula

SYED Ahmad Zulkarnain Syed Ali membuat persediaan sebelum kedainya di Ampangan, Seremban dibuka esok. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pembukaan kedai cuci kereta bermula esok memberi nafas baharu kepada peniaga untuk beroperasi semula setelah hampir dua bulan ditutup.

Seorang pengusahanya, Syed Ahmad Zulkarnain Syed Ali, 41, yang menyediakan perkhidmatan mencuci kereta di Ampangan, di sini berkata, kebenaran beroperasi itu adalah sesuatu yang telah lama d nantikan oleh peniaga termasuk dirinya malah juga kepada pelanggan.

“Alhamdulillah, lega akhirnya apabila kerajaan bersetuju membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi termasuk kedai cuci kereta beroperasi semula esok.

“Sebelum ini agak tertekan juga sebab tidak boleh buka kedai seperti biasa dan pekerja terpaksa berhenti kerana tiada pendapatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pemilik Syed Car Wash & Auto Detailing itu juga bagaimanapun menambah, pengumuman kebenaran itu sepatutnya dimaklumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada peniaga membuat persediaan awal.

“Sebaiknya, maklumkan dua atau tiga hari lebih awal supaya peniaga dapat melakukan pembersihan kedai mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum menerima kehadiran pelanggan.

“Dijangka dalam tempoh seminggu selepas dibuka, bilangan kenderaan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan mencuci kereta akan meningkat,” katanya yang melakukan sendiri kerja-kerja mencuci dan dibantu pekerja sambilan.

Jelas Syed Ahmad Zulkarnain, premis kedainya turut menyediakan perkhidmatan disinfeksi bahagian dalam kenderaan bagi tujuan membasmi kuman pada harga RM10 sahaja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN