KPDNHEP pastikan pengunjung, pemilik premis patuhi SOP dine-in  - Utusan Malaysia

KPDNHEP pastikan pengunjung, pemilik premis patuhi SOP dine-in 

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi pengunjung dan pengusaha premis yang mendapat kebenaran ‘dine-in’ di negeri-negeri Fasa 2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian menyeru kepada semua komuniti pengguna dan peniaga bekerjasama memastikan kepatuhan tinggi terhadap semua SOP biarpun kelonggaran diberikan kepada negeri berkenaan.

“Hal ini demi kesihatan dan keselamatan rakyat, ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kemudahan dan fleksibiliti yang diberikan dalam pengumuman tersebut kepada rakyat yang lengkap divaksinasi tentunya dapat merancakkan pelbagai ekonomi domestik ke arah pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat tidak lama lagi.

Justeru katanya, KPDNHEP dengan kerjasama Jawatankuasa  Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam melaksanakan Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) akan memperluas program itu ke negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Johor.

“Program ini akan diperluas tidak lama lagi berdasarkan pendaftaran yang diterima. Di Lembah Klang, sejak 26 Julai lalu dan sehingga kini sejumlah 29,105 pekerja industri ini menerima vaksin dalam program berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Alexander berkata, pihaknya percaya negara berada di landasan yang betul untuk keluar daripada pandemik  dengan lebih teratur dan selamat berdasarkan kadar vaksinasi harian yang melepasi paras 500,000 dos.

“Kementerian melalui pelbagai kenyataan dan program libat urus dengan pemain industri peruncitan dan pengedaran sebelum ini menekankan semua pemain industri harus bersiap siaga membuka perniagaan di semua sektor secara berperingkat dan berfasa.

“Ia dengan syarat semua pekerja lengkap divaksinasi dan premis dilengkapi dengan segala keperluan untuk melaksanakan SOP sepanjang masa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.