Koo Ham dakwa projek longkang membazir - Utusan Malaysia

Koo Ham dakwa projek longkang membazir

NGEH Koo Ham (kanan) menunjukkan projek menaik taraf longkang yang didakwa membazir di Taman Dinding, Ayer Tawar dekat Lumut hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa projek menaik taraf longkang bernilai RM476,000 di Taman Dinding belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ambrose, Ayer Tawar dekat sini sebagai membazir.

Dakwanya, projek itu tidak dapat menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku khususnya di padang yang terletak di kawasan perumahan kos rendah di situ.

“Apabila projek ini diluluskan, didapati banyak lampu jalan dan saluran paip bawah tanah di lokasi tersebut yang bermakna kos sebenar akan meningkat jika usaha memindahkan lampu jalan dan saluran paip dilakukan.

“Jadi, apa yang berlaku ialah kontraktor hanya menukar konkrit longkang sedia ada, seolah-olah projek ini hanya membuang RM476,000 ke dalam longkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang hadir sama dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Wong May Ing.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, pembinaan longkang di kawasan tersebut adalah berdasarkan kepada beberapa faktor antaranya ialah jajaran longkang baru yang dinaik taraf adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di situ selepas menerima aduan mengenainya pada 21 November tahun lalu.

“Hasil semakan MPM mendapati punca banjir adalah disebabkan limpahan air daripada kawasan kebun sawit bersebelahan taman itu yang telah menyebabkan longkang di kawasan tersebut tidak mampu menampung jumlah air di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Oleh itu beliau memberitahu, jajaran longkang yang dinaik taraf tersebut dibuat berdasarkan keperluan pada masa hadapan yang mana jika longkang baru dibina bersempadan kelapa sawit tersebut, ia boleh disambungkan dengan longkang yang telah siap dinaik taraf itu, tertakluk kepada kelulusan peruntukan akan datang.

Katanya, jika longkang baru dibina bersebelahan kawasan kebun sawit tetapi longkang sedia ada tidak dinaik taraf, maka longkang yang dibina bersebelahan kebun sawit itu tidak mampu berfungsi menangani masalah banjir kilat di situ.

“Ini melibatkan jajaran laluan air. Kajian dibuat oleh kejuruteraan dan bukan sekadar pandangan mata sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.