Kerajaan perpaduan penyelesaian kepada krisis politik - Johari -

Kerajaan perpaduan penyelesaian kepada krisis politik – Johari

Goldman Sachs
JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembentukan kerajaan perpaduan yang dipimpin ahli Parlimen yang boleh diterima semua pihak adalah penyelesaian kepada kemelut politik ketika ini, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ketua Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, realitinya tiada gabungan parti politik mempunyai majoriti mudah di Dewan Rakyat untuk membentuk Kerajaan dan tiada siapa mahu pilihan raya diadakan sekarang.

“Semua parti politik mesti bekerjasama untuk mewujudkan kerajaan perpaduan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau juga mengingatkan UMNO juga mesti bersedia dengan segala kemungkinan termasuk menjadi pembangkang sehingga pilihan raya yang akan datang.

“UMNO mesti menjadi semak dan imbang kepada kerajaan seterusnya untuk mengembalikan kredibiliti UMNO di mata rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, segala rundingan berkaitan pelantikan perdana menteri dan kabinet di antara parti-parti politik mesti dilakukan oleh Presiden dan Timbalan Presiden parti.

“Setiap keputusan mestilah datang daripada MKT UMNO dan semua ahli mesti patuh kepada keputusan parti.

“UMNO tidak lagi perlu bertolak ansur dengan mana-mana ahli Parlimen yang memilih untuk tidak patuh kepada keputusan yang dibuat MKT,” katanya.

Beliau mengunjurkan tugas utama parti-parti politik yang berunding untuk mencapai persetujuan berkenaan tempoh dan objektif Kerajaan Perpaduan jika ia diterima.

“Pada pandangan saya kerajaan perpaduan perlu bertindak sebagai kerajaan sementara untuk satu tempoh masa yang tetap iaitu 12 bulan sehingga pilihan raya diadakan,” katanya.

Tumpuan kerajaan perpaduan mesti menjurus kepada membawa Malaysia keluar daripada Wabak Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok secepat mungkin, mengutamakan kebajikan rakyat yang sangat terkesan menguruskan kewangan awam secara berkesan dan telus dan memastikan perniagaan dibuka semula secepat mungkin dengan panduan yang jelas dan ketat.

Katanya, semua ahli Parlimen UMNO mesti meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan peribadi.

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan 17 bulan Kerajaan PN yang menyebabkan negara kehilangan kelebihan ekonomi yang kita ada disebabkan oleh ketidakcekapan dan ketidakstabilan yang wujud semasa pemerintahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN