Kanak-kanak 6 tahun terperangkap sejam dalam kereta 

Kanak-kanak 6 tahun terperangkap sejam dalam kereta 

ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta terkunci dari dalam di Jalan Daeng Selili di Kuala Kangsar hari ini. - FOTO/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terperangkap hampir sejam di dalam kereta pacuan empat roda di hadapan sebuah kedai di Jalan Daeng Selili, di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika ibu kanak-kanak terbabit keluar untuk membeli barang sebelum kereta jenis Toyota Hilux itu terkunci secara automatik.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Mohd. Saiful Haniff Mahmad Ayub berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada pukul 6.37 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang kanak-kanak lelaki sedang tidur di dalam kereta dengan enjin dan penghawa dingin masih hidup.

“Operasi segera dijalankan dengan anggota mengumpil tingkap di bahagian pemandu menggunakan peralatan khas bagi membolehkan pintu kereta itu dibuka.

“Sepanjang proses tersebut, kanak-kanak terbabit nyenyak tidur dan hanya terjaga selepas dikejutkan bomba,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, ibu mangsa memberitahu ketika kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta, dia sedang bermain telefon bimbit sebelum terlena.

“Wanita itu memberitahu kereta terkunci secara ‘auto-lock’ dan kejadian itu hanya disedari setelah selesai membeli barang.

“Ibu kanak-kanak terbabit cuba membangunkan anaknya dengan mengetuk cermin kereta namun gagal sebelum menghubungi bomba untuk bantuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya