Jangan taksub sangat memilih vaksin - Aris Ariwatan - Utusan Malaysia

Jangan taksub sangat memilih vaksin – Aris Ariwatan

Aris Ariwatan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Aris Ariwatan, 57, berpendapat, semua pihak tanpa mengira perbezaan latar belakang, seharusnya lebih wajar bersikap rasional dan tidak terlalu terlalu taksub memilih jenis vaksin.

Menurut Aris, ini bukan waktu yang sesuai untuk masing-masing bersikap memilih kerana baginya, mana-mana vaksin pun tetap akan memberi manfaat dalam usaha memerangi virus Covid-19 ini.

“Saya ada dengar juga orang cakap pasal memilih-milih jenis vaksin ini. Ada yang nak Pfizer lah, Sinovac lah, seolah-olah kita ini terlampau taksub dengan isu itu.

“Walhal, hakikatnya, kita ini ibaratnya, naik kereta Myvi ke, Mercedes ke, BMW sekalipun, kalau berlaku kemalangan, kalau ditakdirkan mati,mati juga bukan?

“Bukan kata kalau naik Mercedes pasti tidak mati, betul tak? Tetapi ya benar, usaha itu perlu ada. Jangan pula kita yang cari pasal. Macam semalam, merapu di jalanan itu,”katanya.

Aris berkata demikian dalam satu sesi perbualan di Instagram Live Datuk Aznil Nawawi, semalam.

Turut ada dalam sesi live tersebut ialah isteri Aris, Ziza Aziz yang juga dikenali sebagai Cikgu Jijah.

Selain itu, kongsi Aris, dia juga baru sahaja kehilangan abang iparnya beberapa hari lalu yang disahkan doktor dijangkiti virus Covid-19.

Dalam pada itu, Aris juga memaklumkan bahawa dia telah menghasilkan sebuah lagu khas buat golongan barisan hadapan sebagai satu cara untuk menghargai segala usaha dan jasa mereka.

“Mereka ini sebenarnya juga sudah terlalu penat dengan berperang dengan situasi sekarang. Jadi, bagi menghargai jasa mereka, saya ada hasilkan sebuah lagu khas berjudul Bangkit Hero Malaya.

“Saya buat lagu itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi. Ia adalah cetusan nurani saya apabila melihat penat lelah dan kerja yang mereka lakukan itu sangat berat.

“Kalau bagi pada saya supaya pakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) itu pun, tak mungin saya mampu bertahan lama. Jadi bayangkanlah macam mana mereka perlu bertahan demi kita semua,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.