‘Jaga keselamatan anda semua’- Yusuf Bahrin positif Covid-19 - Utusan Malaysia

‘Jaga keselamatan anda semua’- Yusuf Bahrin positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon meningkat naik, Yusuf Bahrin disahkan dijangkiti virus Covid-19.

Yusuf atau nama penuhnya, Muhammad Yusuf Bahrin, 29, mengesahkan khabar duka itu menerusi Instagramnya baru-baru ini.

Lebih mendukacitakan apabila dua orang adik lelakinya turut dijangkiti virus berkenaan.

“Covid-19 di dalam tubuh saya dan adik-adik saya.

“Doakan saya dan adik-adik saya yang positif Covid-19 juga. Jaga keselamatan anda semua,” tulisnya.

Perkongsian pelakon Sweet Dreams ini turut menerima perhatian rakan artis seperti Sherry Alhadad, Alif Satar, Shiha Zikir, Zizi Kirana, Farah Nabilah dan ramai lagi bersimpati dengan nasib Yusuf dan mendoakan agar dia segera sembuh.

Selain itu, penyanyi terkenal, Siti Nordiana atau Nana turut mendoakan bagi kesembuhan pelakon tersebut.

“Semoga Allah sembuhkan awak sekeluarga dari Covid-19, amin,” tulisnya di ruangan komen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN