Isu MT UMNO tangguh pemilihan sudah boleh dianggap selesai - Utusan Malaysia

Isu MT UMNO tangguh pemilihan sudah boleh dianggap selesai

SHAHRIR ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan isu Majlis Tertinggi (MT) UMNO menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan sama ada sah atau tidak, sudah boleh dianggap sebagai selesai.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata, soal penangguhan pemilihan itu sebelum ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, keputusan kedua-dua pihak itu telah dimaklumkan kepada semua ahli MT dan diminta memberikan pendirian tentang penangguhan pemilihan tersebut.

“Ada ahli MT yang berhujah pendirian yang dipungut secara pekeliling tidak sama keabsahannya dengan melalui mesyuarat yang formal, mahupun secara maya ataupun bersemuka.

“Sebenarnya, pungutan suara itu terhadap perkara berbangkit dalam mesyuarat terdahulu perlu dirujuk dahulu kepada MKN dan Kementerian Kesihatan.

“Seramai 52 bersetuju, dua menolak dan dua tidak menjawab kepada pungutan suara melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan keputusan yang menyatakan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan parti sebagai tidak sah.

Beliau berkata, keputusan itu dinyatakan melalui sepucuk surat daripada Ketua Pengarah RoS, Jasri Kasim yang diterima Isnin lalu dimana perkembangan itu dicapai setelah beliau dan peguam UMNO menyerahkan dokumen dan pernyataan tambahan kepada ROS pada 9, 11 dan 18 Ogos serta penjelasan oleh sebilangan ahli MT UMNO pada 24 Ogos lalu.

Sementara itu, Shahrir turut membangkitkan persoalan sama ada keputusan terhadap suatu perkara berbangkit boleh dibuat secara pekeliling atau harus diputuskan secara bermesyuarat.

“Seminggu sebelum RoS menghantar surat kepada Ahmad untuk memohon penjelasan, seorang ahli MT teruja dengan kemungkinan MT UMNO bakal digantung dan parti itu tidak boleh menangguhkan pemilihan parti.

“Jika arahan RoS sebelum ini dirujuk MKN dan Kementerian Kesihatan, pemilihan itu yang akan melibatkan ratusan ribu ahli di seluruh satu negara akan ditangguhkan sehingga keadaan mengizinkan.

“(Begitu juga) sudah pun tertangguh beribu mesyuarat agung koperasi atas arahan Suruhanjaya Koperasi. Ini sebagai satu contoh. Akhirnya, tidak ada apa-apa muslihat pun sebalik keputusan MT UMNO menangguhkan pemilihan parti.

“Mungkin muslihat yang dirancang adalah supaya MT UMNO diletakkan sebagai ‘caretaker’ untuk memuktamadkan persoalan ‘parti menguasai kerajaan’ atau ‘kerajaan menguasai parti’,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.