Ingkar SOP: 254 dicekup, 71 premis lagi diarah tutup - Utusan Malaysia

Ingkar SOP: 254 dicekup, 71 premis lagi diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 254 dicekup dengan 240 daripadanya dikompaun manakala 14 lagi direman.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 71 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan juga diarahkan tutup kerana didapati masih ingkar SOP.

“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 2,006 kilang, 15,601 premis perniagaan, 1,005 tapak pembinaan dan 300 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seramai 23 pendatang tanpa izin turut ditahan dan enam kenderaan darat disita melalui Operasi Benteng selain 949 sekatan jalan raya dilaksanakan.

Menyentuh isu kuarantin wajib, katanya, 680 individu tiba di tanah air semalam, dengan jumlah kumulatif seramai 263,873 diarahkan menjalani proses mandatori itu sejak 24 Julai 2020 lalu termasuk 10,071 individu masih berada di pusat kuarantin wajib.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula membuat pemantauan 10 jenis bekalan barangan di 541 peruncit, 153 pemborong dan 32 pengilang serta melakukan 1,959 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis yang terbabit didapati mematuhi peraturan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN