Guru bergurau lucah: Kes diklasifikasi NFA - Utusan Malaysia

Guru bergurau lucah: Kes diklasifikasi NFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan siasatan berhubung guru pendidikan jasmani yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar yang memberitahu bahawa pihaknya telah menerima notis berkenaan daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.

Pada 24 April lalu, media melaporkan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Seorang pelajar mendakwa pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan terbabit.

Bagaimanapun, pelajar mendakwa guru lelaki itu bergurau dan mula bercakap lucah.

Malah kes itu tular di media sosial sehingga menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun pelajar terbabit berdepan tindakan saman RM1 juta selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Bapanya menerusi ciapan di Twitter berkata, keluarganya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN