PETALING JAYA: Global Systémes Asia Sdn Bhd (GSA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AEROBAY bagi membuka ruang pembangunan hab digital pembekalan alat ganti dan perkhidmatan (MRO) pengendalian pesawat serta helikopter di rantau Asia Pasifik.
GSA dalam kenyataan berkata, usaha ini sekali gus memanfaatkan pasaran MRO global bernilai AS$750 (RM3,172 bilion).
” Ini meletakkan GSA sebagai syarikat MRO pertama di rantau Asia Pasifik yang menyediakan platform eDagang (E-Commerce) bagi alat ganti dan lebihan stok.
” Usaha sama Global Systémes Asia Sdn Bhd (GSA) dan Aerobay ini akan mewujudkan AEROBAY Asia Pacific (AAP), di mana kedua-dua syarikat akan berkolaborasi dalam bidang kepakaran masing-masing,” jelas kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Pengerusi GSA, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi berkata, kedua-dua syarikat akan memanfaatkan kepakaran masing-masing bagi meningkatkan pengedaran dan keupayaan alat ganti tempatan untuk sektor awam dan ketenteraan (military) serta kerjasama berterusan dengan pihak kerajaan. -UTUSAN