PETALING JAYA: Sebanyak 1,000 anggota Tentera Darat terlibat dalam operasi ‘Greater Klang Valley Task Force’ (GKV TF) bermula hari ini.
Markas Tentera Darat dalam satu kenyataan memaklumkan, penubuhan pasukan itu melibatkan tiga tugasan utama untuk membantu Kementerian Kesihatan menangani Covid-19.
Katanya, tiga tugasan tersebut meliputi ‘Oxygen Carrier Team’ (Oscar) yang melaksanakan penukaran tangki oksigen; ‘Rapid Resupply Team’ (RRT) menguruskan penghantaran tangki oksigen daripada stor ke wad manakala ‘Body Management Team’ (BMT) bertanggungjawab menguruskan penghantaran mayat.
“Pasukan GKV TF yang beroperasi dari lokasi berasingan iaitu di MAEPS, Serdang; Kem Wardieburn, Setapak; dan Kem Sungai Buloh, Sungai Buloh.
” Penubuhan pasukan ini menunjukkan bahawa koordinasi di antara Tentera Darat dan Kementerian Kesihatan telah mencapai satu persefahaman dalam aturgerak pengoperasian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE










