Gelandangan warga India didakwa rogol, bunuh wanita - Utusan Malaysia

Gelandangan warga India didakwa rogol, bunuh wanita

P. PONLOGANADHAN (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Shah Alam, Selangor, hari ini atas dua kesalahan merogol dan membunuh seorang wanita di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 26 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki gelandangan warganegara India dihadapkan di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas kesalahan merogol dan membunuh seorang wanita pada 26 Julai lalu.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh, P. Ponloganadhan, 60, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Helina Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang wanita berusia 63 tahun di lorong belakang sebuah kedai di Jalan Damai 25/60, Taman Sri Muda, di sini, antara pukul 1 hingga 2 pagi, 26 Julai lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tiada pengakuan direkodkan di Mahkamah Majistret selepas dia dituduh membunuh wanita yang sama di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Amirah Abdul Razak dan Muhammad Uzair Abd. Munir manakala tertuduh diwakili peguam bela, Thiru Logeswary.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes ditetapkan untuk sebutan pada 23 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya