Felda Kota Gelanggi 2 di Pahang kena PKPD mulai Rabu

Felda Kota Gelanggi 2 di Pahang kena PKPD bermula Rabu ini

FELDA Kota Gelanggi 2, Jerantut bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu lagi skim tanah rancangan Persekutuan di Pahang iaitu Felda Kota Gelanggi 2, dalam Mukim Pulau Tawar, Daerah Jerantut bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu ini.

Ia susulan lima individu warga tempatan di kawasan berkenaan semalam disahkan positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat di lokaliti tersebut yang dibuka pada 1977 lalu mengandungi seramai 431 peneroka serta berjiran dengan Felda Kota Gelanggi 1, 3, 4, 5 dan 6 selain Felda Jengka 8, 9 dan 24.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, selebihnya dilaksanakan PKPD sehingga 7 September ini melibatkan 24 lokaliti lagi di Sabah, antaranya Ladang Mawang, Kalabakan dan Kem Sawmill Mengayum, Sipitang; Taman Taman Limauan Kinarut dan Kampung Mondikot di Papar serta Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Perumahan Satu di Lahad Datu.

Selain itu ialah Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin di Kinbatangan; Kampung Tanjung Batu Tengah, Kampung Sungai Tamang, Tanjung Batu Laut Logpon dan Taman Ranggu Saujana di Tawau; Delta Height, Rainfield Garden, Kampung Sindaanan dan Maju Koa Lights Industry di Penampang; serta Taman Kuala Menggatal, Kampung Lapasan, Kampung Kelingau, Kampung Bambangan Inanam, Kampung Inanam Laut, Kampung Cempaka Likas dan Kampung Cenderamata.

“Dua lokaliti di negeri berkenaan disambung lagi PKPD iaitu Taman Kinarut Ria, Papar dan Kampung Kota Tuaran, Tuaran, manakala Kampung Temalian dalam Daerah Raub, Pahang dilanjutkan PKPD sehingga 31 Ogos ini.

“Di Perak pula, 22 lokaliti perkampungan masyarakat Orang Asli suku Semai dalam Daerah Batang Padang diteruskan lagi sehingga 7 September meliputi Kampung Senta, Kampung Chang, Kampung Sanding, Kampung Menderang, Batu 6, Batu 7, Batu 7 ½, Batu 14, Batu 16, Batu 17, Batu 18, Batu 19, Kampung Kenderong, Sungai Rensa, Sungai Chendon, Sungai Odak, Sungai Bot Dalam, Sungai Bot Luar, Sungai Tidong, Lubuk Gaharu dan Woh Intake,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, satu lokaliti di negeri berkenaan tamat esok seperti dijadualkan iaitu di Taman Meru 2B, Daerah Kinta selain tapak bina IBN Highland, Bentong, Pahang; Taman Sri Bayu, Tumpat, Kelantan serta kuarters pekerja Ladang Palmlyn, Mukah, Sarawak.

Di Sabah pula katanya, ia meliputi Kem 2 Tolokoson, Tenom; Kampung Sarikan, Nabawan; Kampung Timbok dan Kampung Lapasan, Tuaran serta Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Balung dan Taman Sri Titingan, Tawau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya