Empat das tembakan dilepas pembunuh - Utusan Malaysia

Empat das tembakan dilepas pembunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak empat das tembakan dilepaskan oleh suspek yang menyerang seorang lelaki dalam kejadian di Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa berusia 42 tahun dikatakan ditembak individu tidak dikenali semasa memandu kenderaan jenis Range Rover berwarna merah.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, mangsa ditembak sebanyak empat das tembakan.

Kata beliau, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 petang.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yg mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi polis di talian 03- 61561222,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN