E2E sektor awam capai tahap 57.02 peratus - KSN

E2E sektor awam capai tahap 57.02 peratus – KSN

MOHD. Zuki Ali berucap melancarkan Persidangan Digital Sektor Awam Tahun 2021 secara maya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pencapaian perkhidmatan dalam talian sepenuhnya atau E2E bagi sektor awam ketika ini sudah mencapai tahap 57.02 peratus setakat 31 Julai lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, kerajaan menetapkan sasaran 80 peratus perkhidmatan kerajaan dalam talian dari peringkat awal ke akhir menjelang 2025 seperti ditetapkan Rangka Kerja MyDigital.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju menetapkan penambahan lima peratus daripada perkhidmatan E2E semasa sebagai Indeks Prestasi  Utama (KPI) 2021 Tier-1 bagi penjawat utama perkhidmatan awam.

“Penetapan ini bertujuan memberi nilai tambah dan memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan meningkatkan kecekapan tadbir urus dalaman agensi,” katanya ketika berucap melancarkan Persidangan Digital Sektor Awam Tahun 2021 secara maya, di sini hari ini.

Mohd. Zuki berkata, kerajaan meluluskan sebanyak 128 projek teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan pendigitalan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion dengan peruntukan sebanyak 538.7 juta ringgit untuk tahun ini.

Beliau berkata, ia meliputi pembangunan sistem, infrastruktur dan perisian keselamatan siber, latihan kompetensi kerajaan digital serta menaik taraf kelengkapan ICT di institusi latihan.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital sebagai langkah ke hadapan untuk melahirkan generasi fasih digital dan menjadikan sistem pendidikan negara antara yang terbaik di dunia.

“Pelaburan dan inisiatif yang dinyatakan ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk merealisasikan agenda pendigitalan negara,” katanya.

Persidangan Digital Sektor Awam diadakan kali pertama secara maya sepenuhnya tahun ini  melibatkan penyertaan inklusif daripada penggubal dasar dan juga pakar-pakar teknologi maklumat daripada sektor awam serta rakan strategik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN