Datuk didakwa lakukan amang seksual dua cucu - Utusan Malaysia

Datuk didakwa lakukan amang seksual dua cucu

SEORANG datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua orang cucu kandungnya, tahun lalu. - UTUSANN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua orang cucu kandungnya, tahun lalu.

Warga emas berusia 62 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Diana Md Razali.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh yang merupakan seorang peneroka melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 10 dan lapan tahun dengan cara mencabul.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Bahau lebih kurang pukul 11 malam antara Ogos hingga September 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Harun manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Intan Athirrah Md Pazir.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan sebarang jaminan dikenakan ke atas tertuduh kerana dia merupakan datuk kepada mangsa.

Peguam dalam rayuannya memohon jaminan diberikan kepada anak guam mereka atas alasan tertuduh tidak berhubung dengan keluarga mangsa sejak December 2020 dan telah memberi kerjasama baik dengan pihak polis.

Hakim kemudiannya membenarkan warga emas itu diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa.

Kes disebut semula 2 September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.