Che Ta hadir ke IPD Brickfields - Utusan Malaysia

Che Ta hadir ke IPD Brickfields

ROZITA Che Wan hadir ke Ibu pejabat Polis Brickfields dengan ditemani suami, Zain Saidin semalam. - UTUSAN/ FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hari ini.

Difahamkan pelakon berusia 48 tahun itu dipercayai dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung satu laporan polis dibuat Azwan Ali yang mendakwa difitnah Che Ta.

Laporan itu dikatakan dibuat susulan hantaran Che Ta dimuat naik di laman sosial dipercayai membalas terhadap kenyataan di Twitter oleh Azwan.

Terdahulu Che Ta hadir di IPD Brickfields kira-kira pukul 12.30 tengah hari menaiki kenderaan Haval dan proses dirakam percakapan sedang dijalankan.

Semalam, Azwan membuat laporan polis tentang pelakon tersebut yang didakwa menulis kenyataan fitnah terhadapnya apabila dia memuat naik foto laporan polis yang dibuat dalam akaun Twitternya.

Menerusi laporan polis yang dibuat, Azwan menyifatkan kenyataan yang ditujukan kepadanya sebelum adalah berunsur fitnah sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang penggiat seni.

“Report polis done (laporan polis telah dibuat), kes fitnah dan ugutan bunuh. Sekarang percayakan pihak polis,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Dalam satu laporan media sebelum ini menyebut, Diva AA bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada selebriti wanita terbabit kerana didakwa telah memfitnahnya.

Jelas Diva AA, dia bertindak mengemukakan saman tersebut selepas selebriti itu mengaitkan kemewahan yang dimilikinya dengan seorang menteri yang juga abang kandungnya.

Sebelum ini, pertelingkahan antara bekas pengacara program hiburan Lagu Cinta Kita itu dengan Che Ta tercetus apabila Azwan menegur cara berpakaiannya yang dianggap keterlaluan ketika mendapatkan suntikan vaksin dengan menggunakan kata-kata kesat dan kurang sopan.

Terkejut dilemparkan teguran sedemikian rupa oleh rakan dalam industri, Che Ta kemudiannya bertindak memuat naik status bahawa individu seperti Azwan tidak sepatutnya wujud di muka bumi.

“Rakyat macam hang patut (kamboih) tanam hidup-hidup. Buat semak bumi,” tulisnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya