PETALING JAYA: Cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewujudkan rangka persefahaman rentas parti perlu dilihat sebagai peluang semua pihak untuk mentasbilkan dan memulihkan negara dalam keseluruhan aspek.
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, apa yang dikemukakan Muhyiddin bukanlah sekadar retorik sebaliknya memberi kesan baik kepada negara.
Sehubungan itu, katanya, pihak pembangkang wajar menerima cadangan tersebut demi kepentingan semua.
“Persefahaman rentas parti ini adalah kenyataan seorang pemimpin yang berjiwa besar yang memikirkan soal kemajuan negara, bukannya untuk menjaga kepentingan peribadi.
“Cadangan itu adalah peluang untuk membina kerjasama antara parti dan mengembalikan negara ke landasan yang lebih stabil dalam memulihkan kesihatan dan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pengumuman Muhyiddin semalam, tujuh perkara akan dilaksanakan kerajaan sekirannya usul undi percaya terhadap perdana menteri diluluskan.
Muhyiddin berkata, cadangan itu dibuat selepas Perikatan Nasional (PN) mencapai kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti di luar gabungan ituuntuk meluluskan udni percaya kepada Perdana Menteri.
Sementara itu, Naib Pengerusi Gerakan dalam kenyataan sama berkata, Koo Shiaw Lee berkata, semua pihak harus mengetepikan perbezaan politik sesuai dengan slogan ‘utamakan rakyat’.
“Tanggungjawab yang lebih penting kini adalah membendung penularan COVID-19, menyelamatkan nyawa dan memulihkan Malaysia,”
“Kita boleh nampak disitu, tujuan PN adalah semata-mata untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik. Demi rakyat dan negara,” ujarnya.
Menurutnya, kesan pembaharuan itu jika dilaksanakan bukan saja akan mengubah landskap politik negara pada hari ini malah untuk beberapa generasi akan datang.
Dalam pada itu, Naib Pengerusi Gerakan, Koo Shiaw Lee juga berkata, semua pihak harus mengetepikan perbezaan politik sesuai dengan slogan ‘Utamakan Rakyat’.
“Tanggungjawab yang lebih penting kini adalah membendung penularan COVID-19, menyelamatkan nyawa dan memulihkan Malaysia.
“Kita boleh nampak di situ, tujuan PN adalah semata-mata untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik. Demi rakyat dan negara,” ujarnya.










