Bilangan mangsa banjir di Perak kekal 241 orang - Utusan Malaysia

Bilangan mangsa banjir di Perak kekal 241 orang

KANAK-kanak bermain air banjir yang melanda kampung mereka di Bagan Serai, Perak,  hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bilangan mangsa banjir di Perak kekal 241 orang melibatkan 66 keluarga setakat pukul 2 petang ini yang ditempatkan  di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), di dua daerah.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, bilangan mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dalam daerah Kerian, kekal menempatkan seramai 111 orang daripada 26 keluarga.

“Mereka adalah penduduk dari Kampung Matang Tengah dan sebahagian penduduk Kampung Parit Simpang Lima, Alor Pongsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bilangan mangsa banjir di PPS SK Alor Pongsu juga dalam daerah Kerian, menempatkan 60 orang daripada 17 keluarga.

Jelasnya, bilangan mangsa di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) kekal 70 orang daripada 23 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang.

Katanya, mereka adalah penduduk dari Kampung Sungai Rentaka, Teluk Kertang; Kampung Melawati; Kampung Jebong Kiri; Kampung Changkat Baru dan Kampung Tebuk yang masih ditenggelami air. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN