Bersatu yakin semua pihak bersatu hati demi kemaslahatan rakyat

Bersatu yakin semua pihak bersatu hati demi kemaslahatan rakyat

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin semua pihak akan bersatu hati demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pada masa sama, seluruh kepemimpinan dan ahli parti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepemimpinan dan jasa beliau sepanjang menjadi  Perdana Menteri.  

Menurut beliau, kepemimpinan berprinsip, telus dan menjunjung keluhuran Perlembagaan, Muhyiddin menjadi kebanggaan semua pucuk pimpinan serta ahli Bersatu. 

“Keikhlasan beliau untuk mendahulukan kepentingan rakyat terbukti dalam peranan beliau bagi memastikan semua parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) bersetuju mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon tunggal Perdana Menteri ke-9.

“Sehubungan itu, Bersatu menyokong penuh kepemimpinan yang berprinsip serta berjiwa besar Muhyiddin untuk terus memimpin dan mengukuhkan lagi kedudukan Bersatu dalam  menghadapi cabaran pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN