Bergaduh angkara nak periksa telefon suami - Utusan Malaysia

Bergaduh angkara nak periksa telefon suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara enggan telefon bimbitnya diperiksa, seorang lelaki bergaduh dengan isterinya serta didakwa menyebabkan wanita itu jatuh hingga cedera dalam kejadian di Taman Kosas di sini.

Kejadian berlaku di rumah mereka pada Jumaat lalu apabila polis menerima laporan polis dibuat mangsa berusia 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Ehak berkata, susulan itu, pihaknya menahan suspek berusia 21 tahun pada pukul 9.30 malam semalam.

Katanya, kejadian berlaku apabila salah faham antara suspek dan mangsa yang disebabkan keengganan suspek membenarkan isterinya memeriksa telefon bimbit serta sering pulang lewat.

“Mereka bergaduh dengan mangsa dikatakan terjatuh hingga lebam di lengan kiri dan kanan, selain cedera lutut kiri.

“Pergaduhan itu dileraikan ibu mangsa yang tinggal berhadapan rumah pasangan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, mangsa telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, pasangan itu berkahwin pada Oktober tahun lalu dan mempunyai seorang anak.

“Suspek direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta keganasan Rumah Tangga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN