Beberapa video tular trafik sesak di drawbridge rakaman lama - Utusan Malaysia

Beberapa video tular trafik sesak di drawbridge rakaman lama

SUASANA jalan di sekitar jambatan angkat (drawbridge) yang lengang di Kuala Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan beberapa video tular yang memaparkan kesesakan lalu-lintas di jambatan angkat atau drawbridge di sini yang didakwa kerana sambutan ambang merdeka malam tadi, merupakan rakaman lama.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, semakan mendapati kejadian itu sebenarnya berlaku sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi.

Katanya, dua video yang dikesan tular itu ialah semasa program ceramah Ustaz Abdul Somad pada Februari 2020 di samping sambutan ambang kemerdekaan beberapa tahun lalu.

“Pada pukul 10.30 malam, semua jalan di Kuala Terengganu terutama di jambatan angkat lengang.

“Malah, pasukan pemantau bersama anggota kereta peronda (MPV) di samping trafik ada bertugas di kawasan berkenaan dan tiada sebarang kesesakan atau aktiviti berkumpul menyambut Hari Kebangsaan seperti video tular,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Video-video kesesakan lalu lintas dengan orang ramai berkumpul itu tular di media sosial sejak tengah malam hingga menimbulkan kekeliruan masyarakat.

Terengganu mengadakan sambutan ambang kemerdekaan secara dalam talian malam tadi yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Antara pengisian program itu termasuk forum yang disertai penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus di samping pelakon dan pelawak, Zizan Razak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN