PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet dilihat mula tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra, di sini bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Antara yang tiba ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kira-kira pukul 10 pagi ini.
Terdahulu, yang mula tiba adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kira-kira pukul 9.30 pagi diikuti Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
Turut tiba Menteri di Jabatan Menteri Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Terdahulu, Muhyiddin tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 8.07 pagi ini. – UTUSAN ONLINE