Azmin Ali yakin kepimpinan Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Azmin Ali yakin kepimpinan Ismail Sabri

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin dengan kepemimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri untuk meneruskan usaha membina semula Malaysia.

Ujarnya, pelantikan itu secara langsung dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagah dan berwibawa.

“Tahniah Datuk Seri di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri. Saya yakin Datuk Seri akan meneruskan usaha membina Malaysia yang gagah dan wibawa. Teguh kita, menang bersama,” katanya dalam ciapan akaun Twitter beliau hari ini.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik  Ismail Sabri  sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya