Azalina layak dilantik Menteri Dalam Negeri - Hannah Yeoh

Azalina layak dilantik Menteri Dalam Negeri – Hannah Yeoh

AZALINA SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa untuk mempertimbangkan pelantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Menteri Dalam Negeri. 

Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Hannah Yeoh berkata, sudah tiba masanya untuk jawatan itu dipegang daripada golongan wanita. 

Antara lain, beliau berkata, hal itu memandangkan Azalina sudah tidak lagi berperanan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sekali gus melayakkannya menerajui kementerian tersebut. 

“Saya rasa sekarang ini, memandangkan Azalina sudah bukan timbalan speaker, dia boleh menjadi calon utama (frontrunner) untuk dipilih menerajui kementerian penting. 

“Banyak kali kita lihat Kementerian Dalam Negeri ini sebagai jawatan yang berkuasa, diberikan kepada lelaki-lelaki senior dalam mana-mana parti politik, tetapi ada banyak isu membabitkan kewarganegaraan, perkahwinan dan perceraian. Semua ini di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

“Kanak-kanak tanpa warganegara juga merupakan isu-isu penting yang mesti ditangani. Malangnya, kita belum lihat seorang menteri dalam negeri yang menangani isu-isu ini. Jadi saya fikir adalah bagus untuk perdana menteri melantik Azalina sebagai menteri dalam negeri.

“Dan jika tak boleh, mungkin Menteri Undang-Undang atau Menteri Wanita, lagi bagus (kalau dapat) ketiga-tiga sekali,” katanya dalam temu bual bersama media tempatan yang turut dikongsi di Twitternya hari ini. 

Azalina semalam disahkan meletak jawatan sebagai Timbalan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ekoran pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan. 

Semasa menjadi timbalan Dewan Rakyat, beliau dikenali sebagai pemimpin yang lantang memperjuangkan hak dan demokrasi berparlimen yang digantung akibat proklamasi darurat, lapan bulan lalu. 

Di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, Kementerian Dalam Negeri sebelum ini diterajui oleh Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya