Ahli politik tidak boleh mengajar agama Islam di Selangor

Ahli politik tidak boleh mengajar agama Islam di Selangor

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli politik di Selangor tidak lagi diberi kebenaran untuk mengadakan kuliah atau mengajar tentang Agama Islam di semua masjid dan surau di Selangor bagi mengelakkan hal menyentuh politik kepartian dan fitnah disebarkan melalui kaedah itu.

Malah, penguatkuasaannya sudah pun dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 6 April lalu yang memutuskan hanya individu bertauliah sahaja dibenarkan mengadakan kelas atau kuliah.

Bagaimanapun, ahli politik yang masih lagi mempunyai tauliah masih dibenarkan mengajar dan mengadakan kuliah sehingga tamat tempoh, namun pembaharuannya tidak akan diberikan.

Hal itu dijelaskan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang memaklumkan larangan itu diperkenan oleh Ahli Dewan Diraja Selangor dalam sidang Mesyuarat Dewan Diraja Selangor Yang ke-51 pada 4 Mac 2019.

“Bagaimanapun, bagi ahli politik yang masih mempunyai tauliah perlu mematuhi beberapa syarat ditetapkan kepada mereka seperti tidak menyentuh isu-isu politik kepartian, mengaitkan individu tertentu dan menyebarkan fitnah.

“Mereka juga perlu menjaga akhlak dan kemuliaan tempat ibadah seperti surau dan masjid yang juga merupakan pusat ilmu dan dakwah setempat,” katanya katanya ketika sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan berhubung isu tauliah mengajar agama Islam kepada aktivis organisasi politik yang ditanyakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua turut menafikan sidang mesyuarat berkenaan belum memutuskan sebarang keputusan mengenai kebenaran itu dalam soalan tambahan yang dikemukakan Syamsul Firdaus.

“Mana-mana ahli politik yang bertanding pada pilihanraya tahun 2018 dan 2019 yang memohon tauliah ini, permohonan mereka akan ditolak.

“Namun sekiranya tauliah mereka masih berkuatkuasa, mereka masih dibenarkan mengajar agama Islam sehingga tempoh tauliah mereka tamat,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua.

Setakat ini, menurut Amirudin, sebanyak 31 ahli politik yang masih memegang Tauliah Mengajar Agama Islam di Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya