Ahli Parlimen UMNO naiki bas ke Istana Negara, menghadap Seri Paduka - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen UMNO naiki bas ke Istana Negara, menghadap Seri Paduka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen UMNO tiba di Istana Negara menaiki sebuah bas dan tiba di pintu dua sekitar pukul 10.40 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Antara yang kelihatan di dalam bas tersebut, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Semalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Seawal pukul 8.20 pagi, petugas media dan anggota polis memenuhi pekarangan Istana Negara bagi memantau perkembangan terkini isu politik negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN