Ahli Parlimen BN, Bersatu selesai menghadap Seri Paduka - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen BN, Bersatu selesai menghadap Seri Paduka

BAS yang membawa Ahli Parlimen meninggalkan Istana Negara. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Bersatu selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Istana Negara pada pukul 11.35 pagi diikuti ahli Parlimen lain.

Bas yang membawa Ahli Parlimen Bersatu pula kelihatan meninggalkan Istana Negara pada pukul 11.50 pagi.

Semalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Seramai 114 ahli Parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lima sesi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN