Abdul Hadi perlu ajak Pejuang dan Amanah demi perpaduan Melayu-Islam

Abdul Hadi perlu ajak Pejuang dan Amanah demi perpaduan Melayu-Islam

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bersikap lebih terbuka dengan mengajak semua parti politik berteraskan lslam dan Melayu seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bersatu bagi mengambil semangat hijrah.

YUSSOF LATIFF

Veteran UMNO, Tan Sri Dr. Mohd. Yussof Latiff berkata, semua pihak seharusnya menyambut baik saranan Abdul Hadi agar tiga parti teras Melayu-lslam dan bumiputera di negara ini iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disatukan dengan mengambil semangat serta pendekatan acuan hijrah zaman Nabi Muhammad.

Sebaliknya, kata beliau, Ahli Parlimen Marang itu juga harus mengajak dua lagi parti berteraskan Melayu-lslam iaitu Amanah dan Pejuang dengan tidak harus mengenepikan mana-mana parti lain di atas semangat berkenaan detik hijrah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Parti berteraskan orang Melayu di negara ini bukan hanya UMNO, Pas dan Bersatu sahaja malah terdapat juga dua lagi parti baharu yang berteraskan orang Melayu-lslam iaitu Pejuang dan Amanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata penyatuan tiga parti itu penting bagi memimpin perubahan dengan Muafakat Nasional (MN) disertakan pendekatan masyarakat majmuk dengan penubuhan PN.

Dalam pada itu, Mohd. Yussof menambah Bersatu kini bukan lagi dianggap parti Melayu kerana telah meminda perlembagaan bagi menubuhkan sayap ahli bersekutu dan sedang menuju ke arah menjadi parti pelbagai kaum.

Beliau itu justeru itu berkata, Abdul Hadi mungkin terlepas pandang perkara itu dan harus mengkajinya semula hubungan Pas dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

“Apa yang terbaik sebenarnya ialah Abdul Hadi harus lebih fokus untuk memperkukuhkan MN bagi memperincikan persiapan menghadapi pilihan raya akan datang termasuklah isu agihan kerusi.

“Soalnya sekarang ialah pada PRU ke-15 ini, siapa yang akan mengorbankan kerusi atau adakah semua parti bebas bertanding di kawasan yang sama dan adalah lebih baik perkara ini menjadi perbincangan dalam MN mulai sekarang,” kata beliau.

Selain itu, Mohd. Yussof mempersoal kenyataan Abdul Hadi kerana menyifatkan kerajaan PN sebagai kerajaan tebuk atap apabila Pas ditawarkan jawatan dan kedudukan tertentu sekali gus mengambarkan penyertaan mereka dengan alasan bahawa ianya bersifat sementara demi menyelamatkan negara setelah tumbangnya Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×