95 mangsa banjir di dua PPS di Perak - Utusan Malaysia

95 mangsa banjir di dua PPS di Perak

ANGGOTA bomba membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir di Changkat Jong, Teluk Intan malam tadi. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 95 penduduk masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini akibat banjir.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata,  PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Ngah Ibrahim al Baraqah di Matang dekat Taiping yang dibuka kelmarin masih menempatkan 88 penduduk terdiri daripada 25 buah keluarga.

“Mereka dipindahkan selepas penempatan di Kampung Sungai Rentakan, Kampung Sungai Changkat Baru dan Kampung Jebong Kiri di Matang dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, sebuah PPS dibuka di Hilir Perak iaitu di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Teluk Intan yang menempatkan sebuah keluarga terdiri daripada tujuh orang.

PPS itu dibuka pada pukul 8 malam tadi setelah rumah mereka di Batu 8, Changkat Jong, Teluk Intan naiki air.

Semalam, PPS Dewan Orang Ramai Sungai Baru di Trong dekat Taiping menempatkan 16 mangsa banjir yang dibuka kelmarin, ditutup pada pukul 11 pagi.

PPS berkenaan menempatkan penduduk dari Kampung Sungai Nyior dan Kampung Sungai Tinggi, Trong selepas rumah mereka dinaiki air. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN