53 positif Covid-19 di Pulau Perhentian - Utusan Malaysia

53 positif Covid-19 di Pulau Perhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 53 kes positif Covid-19 dikesan Pulau Perhentian, dekat sini dipercayai susulan pergerakan keluar masuk penduduk kampung dan pekerja resort ke tanah besar, Besut.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, sekatan pergerakan dikuatkuasakan serta-merta di lokasi pulau peranginan berkenaan selepas kes pertama dikenal pasti Jumaat lalu.

Sehubungan itu, katanya, pergerakan keluar masuk seramai 2,173 penduduk kini dikawal polis bagi memutuskan penularan jangkitan virus.

“Hasil ujian saringan turut menemukan satu kes pesakit kategori empat yang segera dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk menerima rawatan.

“Besut mencatatkan kes positif harian yang tinggi dan kesemua penduduk kini dipakaikan gelang dengan hanya pembekal makanan dibenarkan memasuki pulau peranginan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Stadium Negeri di sini, semalam.

Kasemani berkata, ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran diteruskan lagi hari ini terhadap penduduk, pekerja dan pemilik resort di Pulau Perhentian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN