28,700 pengguna akaun dapat air percuma 2 bulan  - Utusan Malaysia

28,700 pengguna akaun dapat air percuma 2 bulan 

PENDUDUK mengambil bekalan air menerusi paip yang disediakan pihak Satu di Seberang Takir di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kesemua 28,700 pengguna akaun Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) di daerah ini dan Kuala Nerus yang terjejas dengan krisis air sejak lapan hari lalu bakal menikmati air percuma selama dua bulan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian bekalan air percuma itu bagi menghargai kesabaran dan kesulitan rakyat akibat paip pecah di dasar Sungai Terengganu.

“Sepanjang tempoh krisis ini kerajaan negeri juga giat menguruskan bekalan air bersih agar sampai kepada golongan terjejas.

“Sehingga kini, pihak Satu masih berterusan melakukan kerja pembaikan paip di dasar sungai dan bersama kita doakan agar urusan berkenaan berjalan mengikut jadual sekali gus dapat menamatkan segera krisis air ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Krisis air Terengganu dijangka berlarutan hingga Rabu ini dengan kerja-kerja pembaikan paip berukuran 1,200 milimeter yang pecah di dasar sungai kini mencapai kemajuan 70 peratus.Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu meringankan beban rakyat termasuk semua syarikat bekalan air seluruh negara, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan di samping orang persendirian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya