PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,740 kes berbanding semalam, 20,547 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 17,450 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 274 kematian dicatatkan dengan 1,047 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 520 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 249,277 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,706 kes diikuti Sabah (1,728), Kedah (1,592), Sarawak (1,566), Johor (1,510), Kuala Lumpur (1,360), Melaka (1,120)
“Empat negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (938), Terengganu (688), Pahang (646) dan Negeri Sembilan (343).
“Satu wilayah dan satu negeri merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya (43) dan Perlis (20) manakala hanya Labuan, mencatatkan dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.