211 kematian; 1,053 kes ICU - Utusan Malaysia

211 kematian; 1,053 kes ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 20,708 kes berbanding semalam, 19,991 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 17,973 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 211 kematian dicatatkan dengan 1,053 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 546 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 233,358 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,921 kes diikuti Kuala Lumpur (2,065), Johor (1,693), Kedah (1,534), Sabah (1,514), Pulau Pinang (1,385), Kelantan (1,284) dan Negeri Sembilan (1,015).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (828), Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613) dan Pahang (585).

“Hanya satu wilayah dan satu negeri mencatatkan kes dua angka Putrajaya (41) dan Perlis (29) manakala Labuan hanya tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN