PETALING JAYA: Selepas mencatatkan penurunan jangkitan kepada 19,268 kes semalam, jangkitan Covid-19 hari ini kembali meningkat dengan 20,897 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Adullah berkata, Selangor mencatatkan 4,371 kes diikuti Sabah (2,594 kes) dan Sarawak (2,285 kes).
Berikut pecahan kes setiap negeri:
Selangor – 4,371
WPKL – 1,003
Sabah – 2,594
Johor – 2,159
Sarawak – 2,285
Kedah – 1,942
Negeri Sembilan – 215
Pulau Pinang – 1,732
Kelantan – 1,479
Perak – 1,204
Melaka – 417
Pahang – 798
Terengganu – 608
WP Labuan – 1
WP Putrajaya – 25
Perlis – 64