PETALING JAYA: Jangkitan Covid-19 hari ini mencatatkan 20,546 kes berbanding semalam 20,670 kes.
Secara keseluruhan, kes Covid-19 merekodkan 1,404,899 kes sejak pandemik melanda negara tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih menduduki carta teratas negeri paling tinggi mencatatkan kes iaitu 7,307 kes diikuti Kuala Lumpur (1,442 kes) dan Sabah (1,665 kes).
Berikut pecahan kes setiap negeri:
Selangor – 7,307
WPKL – 1,442
Johor – 1,508
Sabah – 1,665
Sarawak – 963
Negeri Sembilan – 698
Kedah – 1,596
Pulau Pinang – 1,111
Kelantan – 1,025
Perak – 1,069
Melaka – 631
Pahang – 926
Terengganu – 534
WP Labuan – 3
WP Putrajaya – 47
Perlis – 21
– UTUSAN ONLINE