PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 hampir mencecah 21,000 iaitu 20,889 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 16,394 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 158 kematian dicatatkan dengan 1,096 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 545 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 221,396 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 8,792 kes diikuti Kuala Lumpur (2,483), Kedah (1,371), Sabah (1,291) dan Johor (1,275).
“Lapan negeri dan satu wilayah merekodkan kes tiga angka iaitu Negeri Sembilan (986), Kelantan (938), Pulau Pinang (776), Sarawak (652), Perak (624), Pahang (610), Melaka (491), Terengganu (460) dan Putrajaya (122).
“Hanya Labuan dan Perlis merekodkan kes satu angka iaitu masing-masing sembilan kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.










