13 menara komunikasi di Johor beroperasi sepenuhnya  - Utusan Malaysia

13 menara komunikasi di Johor beroperasi sepenuhnya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 13 buah menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) beroperasi sepenuhnya di beberapa buah kampung di Muar, Mersing, Kota 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan, dengan penambahan menara komunikasi tersebut, ia bukan sahaja memudahkan penduduk setempat tetapi dapat memperbaiki tahap sosioekonomi mereka.

“Daripada 13 menara tersebut, tiga menara ditempatkan di daerah Mersing iaitu Kampung Orang Asli Punan, Kampung Teriang dan di Jalan Endau Mersing manakala tiga lagi menara ditempatkan di daerah Pontian.

“Enam lagi dibina di daerah Kota Tinggi manakala satu lagi menara di Kampung Bukit Bendar di daerah Muar,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, terdapat 23 lagi menara komunikasi baharu yang kini sedang dalam proses untuk dibina di lapan daerah di Johor oleh pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik dan dijangka siap secara berperingkat menjelang bulan Mac 2022. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN