10,000 Jalur Gemilang diedar sempena Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

10,000 Jalur Gemilang diedar sempena Hari Kebangsaan

KHAIRUL Shahril Mohamed meletakkan pelekat magnet Jalur Gemilang pada kereta seorang penerima vaksin Covid-19 sempena Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Negeri Perak di PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2021, sebanyak 10,000 Jalur Gemilang diedarkan kepada orang ramai hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata, edaran itu dijalankan serentak di laluan pandu lalu pusat pemberian vaksin (PPV) dan sekatan jalan raya (SJR) di setiap daerah.

Katanya, agihan tersebut membabitkan Jalur Gemilang berbentuk pelekat magnet, bendera tangan dan rumah.

“Kali ini kita agak kurang menggunakan kaedah bendera kereta kerana kita lihat sebelum ini, bendera itu (Jalur Gemilang) kebanyakannya tidak tahan lama.

“Ini menyebabkan banyak bendera yang dilihat (terjatuh) di atas jalan, tetapi kita juga tidak halang orang ramai gunakan cara itu sebaliknya berharap mereka dapat pastikan bendera yang dipasang (pada kenderaan) bertahan lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2021 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Menurut beliau, meskipun sambutan Hari Kebangsaan 2021 dijalankan dalam kebiasaan baharu, ia sama sekali tidak akan melunturkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan rakyat.

Katanya, selain kibaran bendera, semangat kemerdekaan diteruskan dengan pelaksanaan program secara maya melibatkan pertandingan pidato, nyanyian, keceriaan dan sajak.

“Kita lebihkan konteks sambutan dalam keluarga itu sendiri, saya telah berbincang dengan Jabatan Penerangan untuk jayakan sambutan di premis masing-masing.

“Sebagai contoh kita pergi ke taman-taman perumahan dan bergerak guna kenderaan dan nyanyikan lagu Negaraku, mereka keluar dan kibar Jalur Gemilang tetapi hanya di pekarangan rumah masing-masing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya