PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri mampu meletakkan kebersamaan semua pihak dalam kestabilan negara dan kemakmuran rakyat.
Pada masa sama, beliau turut berkeyakinan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri berwibawa memperkukuh kerajaan dan kemakmuran negara.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri di atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya yakin kestabilan negara dan kemakmuran rakyat adalah usaha kita bersama. Teguh Kita, Menang Bersama.
“Saya juga ucapkan tahniah kepada Hishammuddin yang dilantik sebagai Menteri Kanan. Saya yakin pengalaman dan kewibawaan saudara akan memperkukuhkan kerajaan dan kemakmuran negara,” katanya dalam Twitter beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE










