Warga emas jatuh bot dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Warga emas jatuh bot dikhuatiri lemas

ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari lelaki dipercayai lemas selepas terjatuh di Sungai Perak berhampiran Jeti Pokok Asam di Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Perak berhampiran Jeti Pokok Asam di sini hari ini.

Kehilangan Teoh Har Soon, 63, itu dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak pada pukul 9.43 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, operasi mencari mangsa dijalankan dalam radius 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Katanya, operasi terbabit membabitkan anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Intan dan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba.

“Orang awam memaklumkan melihat bot berpusing di sungai namun tiada orang di dalamnya. Mangsa dipercayai terjatuh ketika memancing di sungai tersebut.

“Operasi mencari mangsa sedang dijalankan dengan bantuan PPDA dan K9 bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN