Wang simpanan lebih RM48,000 melayang ditipu ejen pekerjaan palsu  - Utusan Malaysia

Wang simpanan lebih RM48,000 melayang ditipu ejen pekerjaan palsu 

penipuan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang lelaki berputih mata seleas wang simpanannya berjumlah RM48,879 melayang dalam sekelip mata setelah terpedaya dengan tawaran ejen pekerjaan palsu yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib berkata, lelaki berusia 26 tahun itu pada mulanya ditawarkan iklan pekerjaan yang dikeluarkan di laman sosial Facebook.

Katanya, mangsa telah diminta untuk membuat pendaftaran melalui link yang diberikan oleh suspek serta memasukan wang  tunai RM40,000 ke dalam akaun bank suspek bagi tujuan tersebut.

“Tergoda dengan komisen yang tinggi antara 10 peratus hingga 30 peratus menyebabkan mangsa memasukkan wang tunai secara berperingkat ke dalam dua akaun bank suspek yang berbeza sehingga berjumlah kira-kira RM48,879.

“Berasa dirinya tertipu, mangsa telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian pada semalam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun selain sebatan dan denda. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN