Walaupun sukar nak kerjasama kerajaan-pembangkang, perlu ganding bahu atasi Covid-19 - Utusan Malaysia

Walaupun sukar nak kerjasama kerajaan-pembangkang, perlu ganding bahu atasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun sukar untuk bekerjasama antara kerajaan dan pembangkang, namun ia perlu bagi mengatasi masalah lebih kritikal kini iaitu penularan wabak Covid-19.

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata, pengukuhan kerjasama ini perlu untuk bertindak sebagai barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 sekali gus dapat menyelamatkan kepentingan demi rakyat.

“Saya tahu nak bekerjasama itu susah kerana pihak di sebelah sini termasuk saya juga ada rasa perasaan macam kena dikhianati oleh pemimpin di sebelah sana. Saya rasa tuan Speaker pun tahu apa yang kami rasa sekarang. Tapi oleh kerana ada satu kaedah, krisis yang begitu teruk di Malaysia, ini adalah hala tuju yang perlu dibuat.

“Cadangan saya, wujudkan Covid Moratorium Agreement (CMA), semua berganding bahu bekerjasama sebagai ‘frontliners’ untuk kawal Covid-19 dan pulihkan ekonomi. Ini adalah suatu yang pemimpin di sini boleh cadangkan dan bincang supaya boleh tunjuk pada rakyat yang kita ada hala tuju keluar daripada wabak Covid-19 dengan berganding bahu. Selepas enam bulan pemimpin kita boleh lawan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, tapi untuk sekarang kita kena bekerjasama,” katanya dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam masa yang sama, Kian Ming turut berkata, sebenarnya terdapat pemimpin yang boleh menguruskan Covid-19 ini dengan lebih baik daripada apa yang dibuat kerajaan sekarang.

“Ini adalah satu rahsia terbuka di mana Pagoh (Perdana Menteri) tidak ada lagi majoriti di dewan ini. Ia belum diuji, tapi ini fakta dan saya rasa semua orang tahu. Sekarang ramai yang kecewa dengan kepimpinan Pagoh dengan krisis yang tidak baik.

“Jika Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada peluang untuk menjadi Perdana Menteri, beliau boleh menjalankan tugas dengan lebih baik dari apa yang Pagoh buat.

“Saya juga rasa mungkin belah sana (kerajaan) pun boleh menjalankan tugas dengan lebih baik berbanding dari apa yang Pagoh sedang buat. Tetapi saya rasa kita semua tidak ada seorang ahli Yang Berhormat yang ada majoriti sokongan dalam dewan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya