[VIDEO] 'Raya haji? Takbir dengar sayup-sayup jah, senyap tupah' - Utusan Malaysia

[VIDEO] ‘Raya haji? Takbir dengar sayup-sayup jah, senyap tupah’

KEADAAN bandar Kota Bharu lengang tanpa kenderaan yang banyak sebagaimana lazimnya setiap kali sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di Kelantan. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hari Raya Aidiladha yang cukup sinonim dengan Kelantan, tidak lagi meriah ekoran prosedur operasi standard (SOP) ketat membabitkan solat sunat Aidiladha dan ibadat korban di seluruh negeri.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati suasana pagi raya suram apabila umat Islam hanya mampu mendengar takbir raya serta khutbah Aidiladha dari jauh melalui corong pembesar suara masjid.

Suasana di pusat bandar serta jalan-jalan utama juga tidak lagi sesak dengan kenderaan dari luar memandangkan perantau tidak dapat balik kampung beramai-ramai untuk menyambut hari raya.

Peniaga, Nik Hafiz Nik Harun, 34, berkata, dia berasa janggal tidak dapat pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha sebagaimana biasa.

SOP ketat: Sambutan Aidiladha suram di Kelantan. – VIDEO/ZAAIN ZIN

“Saya dengar takbir raya sayup-sayup sahaja melalui pembesar suara masjid sebelum ikut bertakbir dalam hati. Kemudian ada khutbah tetapi tidak jelas sangat kerana rumah agak jauh dari masjid.

“Kesunyian makin terasa apabila saya bujang dan duduk seorang diri di rumah selepas tidak dapat balik ke rumah keluarga di Bachok kerana larangan merentas daerah. Senyap tupah (sunyi sepi),” katanya ketika dihubungi di sini.

Berdasarkan SOP diputuskan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (Maik), hanya empat jemaah boleh menunaikan solat di masjid dan surau di seluruh negeri berkuat kuasa 1 Jun lalu sehingga sekarang.

Bagi ibadat korban pula, perkara itu dibenarkan dibuat di lokasi tertentu iaitu rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta masjid-masjid terpilih dengan setiap lokasi terhad kepada lima ekor lembu sehari.

Pihak berkuasa yang turut melarang ibadat korban secara persendirian di kampung-kampung bagi mengelak penularan pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN