[VIDEO] Isu solat Aidiladha Taman Pelangi: Laporan lisan telah diterima - Ahmad Zakiyuddin - Utusan Malaysia

[VIDEO] Isu solat Aidiladha Taman Pelangi: Laporan lisan telah diterima – Ahmad Zakiyuddin

TANGKAP layar daripada sebuah video yang tular di dalam media sosial yang mendakwa ratusan warga asing mengerjakan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka di Juru, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima laporan lisan daripada pengerusi kariah surau Taman Pelangi serta Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) berhubung kes kira-kira 200 warga asing menunaikan solat Aidiladha di luar pekarangan surau tersebut, di Juru, dekat sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan laporan itu, kejadian tersebut adalah di luar kawalan pihak surau ketika itu.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, pihak pengurusan surau terbabit hanya mampu menasihatkan kumpulan warga asing berkenaan supaya bersurai selepas pagar surau berkenaan dikunci.

VIDEO yang tular menunjukkan warga asing menunaikan solat di luar surau dan didakwa tidak mengikuti SOP. – MEDIA SOSIAL

“SOP (prosedur operasi standard) dalam surau tak ada masalah. Cuma di luar (surau) itu adalah di luar kawalan.

“Lagipun, masa itu tengah sembahyang (solat Aidiladha) dan sepatutnya mereka (warga asing tersebut) sudah bersurai tapi mereka masih berdegil (untuk terus bersolat). Apapun, polis sudah mula mengambil tindakan dalam kes ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa meninjau program Penang Saring Covid-19 (PSC) di Dewan Serbaguna Bandar Putra Bertam, di sini hari ini.

Selasa lalu, satu rakaman video berdurasi 22 saat yang memaparkan ratusan individu sedang menunaikan solat sunat Aidiladha di luar pekarangan surau menjadi tular selepas ia dirakamkan beberapa orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Dalam perkembangan lain, kata Ahmad Zakiyuddin, beliau berpuas hati dengan kehadiran orang ramai yang di PSC anjuran kerajaan negeri sehingga ke hari ini.

“Untuk hari ini saja, kita sasarkan sehingga 1,500 orang akan datang ke sini untuk membuat saringan sekali gus membantu mengurangkan risiko penularan Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN