Tun M syor jadikan dewan persendirian pusat kuarantin sementara - Utusan Malaysia

Tun M syor jadikan dewan persendirian pusat kuarantin sementara

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dicadang mewujudkan premis kuarantin sementara dengan menggunakan dewan-dewan persendirian milik swasta untuk memberi rawatan segera kepada pesakit Covid-19 ekoran peningkatan kes baharu mencecah belasan ribu setiap hari.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pusat kuarantin sementara itu amat penting bagi memberi bantuan oksigen kepada para pesakit mengalami sesak nafas memandangkan alatan tersebut tidak terdapat di rumah.

Ujar beliau, peningkatan kes sebanyak lima angka kini menyebabkan hospital penuh apabila hanya sebilangan kecil boleh dirawat manakala selebihnya terpaksa dikuarantin di rumah sekali gus mereka tidak dapat menerima rawatan sewajarnya.

“Kelengkapan pusat ini perlu terhad kepada katil biasa dengan kakitangan melibatkan beberapa orang doktor dan jururawat. Sebenarnya di United Kingdom (UK) telah pun mewujudkan hospital sementara untuk 4,000 katil, yang penting ialah bekalan makanan dan kemudahan tandas.

“Pesakit yang pulih dalam masa dua tiga hari boleh discaj. Dengan cara pusat kuarantin seperti ini, mereka yang positif Covid-19 boleh dapat rawatan asas yang mencukupi,” katanya dalam blog beliau, Chetdet hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, cara lain untuk menangani virus Covid-19 adalah mempermudah suntikan vaksin apatah lagi negara kini perlu melakukan suntikan sekurang-kurangnya 25 juta dos sekali gus perlu mengambil masa yang panjang.

Beliau kemudian mencadang  mewujudkan kemudahan suntikan bergerak apabila terdapat orang ramai tidak hadir janji temu kerana mengalami kekangan.

“Memang baik diadakan tempat besar pusat suntikan, tetapi ramai juga yang tidak tunai temujanji jadi untuk mereka, pusat suntikan bergerak perlu diperbanyakkan. Sebenarnya suntikan bergerak ini hanta memerlukan hanya lima kakitangan iaitu satu atau dua doktor, dua jururawat dan seorang penulis rekod dengan boleh suntik bukan sahaja dalam bas besar, tetapi dalam rumah juga.

“Yang penting ialah mengambil gambar kad pengenalan dengan telefon bimbit untuk dimasukkan ke dalam data nasional. Suntikan yang kedua boleh dibuat dengan unit suntikan bergerak ke tempat yang sama,” katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu percayai jika kerajaan mengunapakai cadangan ini, jumlah pesakit baru dapat dikurangkan sekali gus mampu dan berjaya dalam mengurus wabak berbanding situasi sekarang.

Katanya, orang ramai perlu menerima keadaan itu jika ingin selamat dari wabak itu melainkan mereka tidak sanggup, maka kematian akan bertambah hingga keluarga dan kawan malah diri sendiri akan menjadi mangsa Covid-19,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya